Tuesday, November 17, 2009

Terimalah Aku Seadanya....

Apabila kau ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kau mungkin akan menjauhinya

Andai kau ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kau akan membencinya

Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kau mungkin akan memfitnahnya

Andai kau inginkan seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya, Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kau mungkin akan menyalahkannya

Andai kau ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat,hanya manusia biasa

Jangan diharapkan sempurna, Kerana kau juga tidak sempurna, aku tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna

No comments:

Post a Comment